Tadi aku baca berita kat The Star.
Sejak aku pindah ni, aku lambat betul dapat berita. Dulu, masa tinggal rumah lama, lepas Subuh je uncle Suppiah akan campak newspapers dan mengejutkan kucing-kucing aku yang tengah membuta bagi memenuhi kuota tido harian mereka. So pagi-pagi lagi aku mesti tahu apa jadi semalam.
Tapi area rumah baru ni takde orang deliver newspaper. Aku tunggu jugak pepagi, takde pun mamat naik motor campak newspaper ke rumah jiran-jiran. Aku pegi kedai suratkhabar yang bila petang selalu habis jual suratkhabar yang aku nak, aku tanya brader tu, "boss, ada hantar newspaper ke rumah ke?"
"abang tinggal mana?"
"sini la...jalan depan ni"
"tak ramai orang lah bang, baru sorang dua je tanya, jadi tak hantarlah"
Sorang dua je tanya? Apa yang lain tak baca paper lagi ke? Selama ni camna diorang baca paper?
Anyways, so dah 2 bulan lebih aku selalu miss beli paper. Ye lah, aku beli pun bila dah pukul 9pm. Mana ada jual lagi. Harian Metro, Malay Mail ada la...hmm..kalau aku nak baca cerita hantu baik aku beli Variasi. Or kalau setakat cerita kawin 12 hari dah cerai aku boleh baca kat Oh Bulan (hehehe....korang sure tak caya aku baca Oh Bulan kan? Oh Bulan best la...)
Eh, korang ingat Variasi tak? Ada jual lagi ke? Fuh, seingat aku, Variasi ni scary siot..paling menakutkan! Orang kampung aku cukup suka beli, aku kalau balik mesti terjumpa atas meja, ambik baca...silaplah...malam tak tidor betul. PEREMPUAN LAHIRKAN LIPAN. MAYAT SUAMI KELUAR MAKAN ATAS MEJA. SHAHRIZAT JALIL MENANG WANITA UMNO. Tak takut ke? Takut cam nak mampus.
Aku ingat masa zaman uni, depa suruh discuss pasal Blair Witch Project - filem yg sampai sekarang aku tak tengok habis (bukan pasal aku takutla bodo, pasal aku tensen - pening kepala aku dan bingit telinga aku dengar pompuan merengek-rengek cam orang bodo takut dengan hutan). Anyways aku cakap dgn lecturer dan klasmet aku, aku tak takut langsung dgn filem bodo tu. Sebab aku dibesarkan membaca Variasi. Aku explain sikit-sikit je pasal Variasi. Ye lah kang aku explain lebih kang, silap-silap diorang nak baca pulak. Nanti terpaksa aku order suruh mak aku hantar. Pastu aku bagi diorang, bukan diorang reti baca bahasa malaysia. Nanti aku pulak kena translate. Pastu malam aku tido sorang takut balik. Bodo punya mat salleh!
Anyways, mana aku tadi? Oh, ha aku dah jarang beli newspaper. Kadang-kadang kalau aku rajin, aku singgahlah 7-11, dapat jugak jumpa. Tapi mostly memalam kalau aku missed beli newspapers, aku akan layar internet jugak...pegi ke Bernama ke, The Star ke. Aku bukannya suka sebenarnya The Star ni. Haram cium bontot gomen. Tapi aku takde pilihan. Habis nak baca/beli apa? NST? Lagi lah...nak baca The Edge aku bukannya paham. Pastu nak baca apa? Utusan? Kah kah kah. Nak baca Malaysiakini? Aku takde duit...The Star online free. Hihi. So terpaksalah aku pun pura-pura cium bontot gomen.
So dalam The Star tadi diorang tulis, PM baru kita kata yang dia nak media yang bebas dan bertanggungjawab (fair and responsible media). Aku cam nak gelak. Actually, aku bukan macam nak gelak, aku MEMANG gelak sikit. Gelak sambil maki. Nasib baik aku baca free. Kalau aku beli newspaper kat 7-11 sure aku dah angin sebab kena tipu. Aku beli bayar RM1.20 sebab aku nak baca news...bukan baca lawak. Kalau nak baca lawak aku sure dah pegi blog kegemaranku oleh bekas volunteer aku yang paling kelakar dalam dunia - www.budakyangjahat.blogspot.com.
Kenapa aku gelak? Sebab dah berminggu aku asik baca news yang kutuk dan hentam parti pembangkang. Langsung tak bagi can. Parti pembangkang macam PKR pun satu, bodo ya rabbi. Bagi can orang kutuk. Macam si Anwar. Aku dulu punya respek dengan dia. Tapi la ni aku dah bosan layan sembang dia. Itu la ini la. Semua sembang! Hang punya parti berterabur woi. Tapi takpe...posting ni aku tengah komplen pasal Newspaper. Next time aku sambung kutuk Anwar.
So aku nak tengok lah apa cerita media ni. Sekarang kan, semua benda tengah manis bila di bawah ketua baru. Semua benda nak open la, honest la, apa lah. Kita tengok macam mana.
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment