Hari ni temper aku meletop-letop. Aku dahlah satu malam tak dapat tido nak siapkan beberapa keje dan memikirkan status perkahwinan Claire Daines. Pastu si Sammy (antara satu daripada 18 kucing aku - iye, aku memang ada banyak kucing, korang ingat aku nak glamer murahan ke buat nama belog ni camni?) pulak sakit teruk. Dah 2 hari dia takde mood makan and semalam apabila aku ambik dia duduk dalam rumah aku tengok dia dah start selsema dan lemah tubuh badan. So aku bagi dia pill demam untuk kucing, bagi dia serum immune support dan paksa dia minum by force-feeding him water guna 'inject' (kata orang kampung - pakai syringe la.Korang ingat senang ke nak jadi cat herder? Setakat bela berpuluh kucing tapi biar bertaburan itu makcik tolong troli supermarket boleh buat.) Tapi dia lemah and dah tak boleh bangun. So aku kena temankan dia satu malam bagi dia semangat.
Umpan atau firestarter twisted firestarter pertama yang menjirus menyalakan api kemarahan aku ialah apabila aku ada meeting pulak pukul 1030am pagi Selasa ni. Meeting yang paling aku benci sebab meeting yang bosan. Alah, korang sure ada meeting camni dalam setiap company. Meeting buang masa sebab management dah takde keje so nak panggil meeting konon nak tahu update. Aku cukup meluat pegi internal meeting sebab kat company aku ada mamat poyo yang tak buat keje tapi cukup hebat kalau pasal carik pasal dengan orang dan berlakun dia sebenarnya berkeje. Everytime aku tengok muka dia sure aku nak terajang je atau terajang dinding. Tapi aku terpaksa terajang dalam hati dan bayangkan yang ia sebenarnya macam Van Damme terajang mamat cina tu dalam Bloodsport. Tapi takpe, the point is, sebab meeting ni pepagi memang tak sempat aku hantar si Sammy ke vet. Dia kena tunggu aku balik lepas meeting. Tapi dalam hati aku aku tak berapa confident Sammy boleh tahan lama camtu.
Umpan kedua adalah aku tengah sengkek crazy pig ni. Pindah rumah ni bukanlah saja aktiviti yang memenatkan emosi dan fizikal aku, tetapi juga memenatkan poket aku. Beribu aku dah habis. And vet pulak selalu cam haram jadah, ubat untuk binatang selalu mahal. Ini adalah kerana kita tak boleh tahu apa sebenarnya sakit pada binatang peliharaan kita (dia tak mampu kata dia pening ke, sakit dada ke etc), so kena rely on tests. Tests tu sungguh mahal.
Maka api amarah pun bertambah.
Diorang kata, bila marah kena banyak beristigfar dan duduk. So aku trylah duduk atas kerusi kereta MyVi.
Lepas tu, aku pulak dah lambat keluar rumah. As usual, KL ni bila keluar time 7am-9am sure kena jam cam orange marmalade. Jam kat KL ni, penyebabnya macam-macam, samada:
1) Jalan macam sial
2) Traffic lights cam sial
3) Driver depan aku lembab cam sial (aku notis secara puratanya 98% driver depan aku selalu lembab bila aku tengah rushing - aku kena buat paper la pasal coincidence ni)
4) Astro kena potong (oh ya, Astro aku kena potong sebab tak cepat bayor).
5) Kesemuanya di atas
Tapi yang bikin aku double "angin" hari ni, adalah, pemandu-pemandu cilanat yang tinggal kat satu apartment mewah kat Jalan jelatek tu. Aku sebenarnya dah lama tak ikut Jalan Jelatek...takut sentimental sebab aku ikut DUKE pegi keje. So today aku terpaksa amik Jalan Jelatek setelah sekian lama membawa diri.
Anyway, kalau korang tahu Jalan Jelatek (kalau tak tau pun pura-pura tahu la), kat depan Seri Maya dan stesen LRT Setiawangsa tu, ada satu turning. Turning ni kalau dari arah Setiawangsa menuju ke Ampang boleh buat u turn (mungkin khas bagi mereka yang dah ambil/hantar orang ke stesen untuk balik ke arah Setiawangsa/Wangsa Maju). Tapi turning ni kira no entry untuk orang dari arah Ampang menuju ke Setiawangsa/Wangsa Maju. Sebab jalan tu muat satu kereta je, dan berbahaya sebab dia tak exit slip road. Kat sini ada dua signboards. satu kata NO ENTRY, satu kata NO U-TURN.
So seperti biasa, Jalan Jelatek ni kalau dari traffic light Setiawangsa/Desa Tun Hussein Onn (aka Kem Askar) akan jem terus menerus sampai ke Jalan Ampang setiap pagi. Biasalah tu. Tapi sebab hari ni aku dah la teramat lambat dan terasa macam traffic tak bergerak langsung, aku temper sikit la.
Aku ni cekap pilih lane, aku tau yang lane sebelah kiri (dia ada 2 lane je) akan sangkut sikit kat depan sebab kereta-kereta cibai akan cuba potong queue sambil buat muka dekkkk keluar dari Taman Keramat Permai. So aku stick to the right lane - satu lagi kenapa right lane selalu cepat adalah kerana kat depan stesen LRT Jelatek abang polisi trafik akan buat tidalwave untuk mereka-mereka yang ingin cilok ke arah pasar Keramat. akan tetapi, seperti sebuah script filem angerploitation, pagi ni lane kanan tu tak bergerak pulak. Membuatkan aku munsykil dan amarah.
Aku nak tekan hon...tapi siapa pulak aku nak tujukan hon tu pulak? Bukan salah kereta depan aku. So mulut aku mulalah beraksi dengan gaya yang kalau orang tua dengar sure kena sabun baik punya.
Masa ni, kalau kucing aku yang kecik yang hyperactive dan berumur 3 bulan- si Bell tu kalau duduk sebelah kereta aku dan dia jalan kaki lenggang lenggok dengan gaya eksyen pun boleh sampai Jalan Ampang lagi cepat daripada aku dan boleh tunggu kat kedai rojak sebelah Bangunan Socso tu pekena rojak takmo letak sotong. Aku rasa kereta aku bergerak dalam kelajuan maksimum 10m/h.
Aku maki cermin tingkap aku.
Bila kereta aku sampai kat turning yang aku sebutkan tadi, aku tengok, punyalah banyaknya kereta dari arah bertentangan cuba selamba dog nak masuk ke jalan kitaorang kat pusing u turn yang aku sebutkan tadi and cuba buat u turn haram. Woit, apa ni? Banyak pulak tu. Siap bagi signal. Apa bagi signal dia punya kesalahan ada kurang sikit ke? Aku heran sekejap, kenapa macam ni? Dulu-dulu tak pernah jadi macam ni. Aku suspek masa tu mungkin polisi traffic kat simpang depan sudah tutup jalan so kereta-kereta cilaka ni takde tempat nak turn. Tapi aku bising lah, sebab u turn yang dibenarkan di traffic lights hadapan kurang dari 300m je jaraknya.
Api nafsu kegemaran setan aku sudah naik melonjak ke 80%. Kalau ada sprinkler dalam kereta dah kuyup aku.
Marah aku naik 5 skala richter lagi bila kereta depan aku, plate Negeri Sembilan pompuan bawak asyik terhegeh-hegeh bila nak jalan, so kereta-kereta pemalas pundek tu sedap la boleh masuk. Aku hon lah...kalau hon aku boleh bercakap, sure instead of PONN PONN (bayangkan bunyik Hella Twin Horn ala Volvo) dia dah bunyik OI POMPUAN KAU BAGI DIORANG JALAN KENAPA?!!
Takpe, jalan lagi dalam kelajuan siput.
Bila aku dah ke depan sikit, baru aku sedar yang kereta-kereta haram jadah ni bukannya kena block kat depan oleh polis, tapi diorang semua satu-satu keluar dari parking lot exit belakang dari Seri Maya...BONTOT!!!!! So aku rasa, dah kerap diorang buat macam ni sejak akhir-akhir ni.
Aku heran lah. Setahu aku, apartment Seri Maya patut residents dia cerdik-cerdik dan ada kelassss sikit. Sebab ini apartment mewah, kira tempat tinggal yang in dan happenin' jugak bagi penduduk wargakota Kolumpo ni. Aku kenal ramai jugak orang tinggal kat sini, tapi aku pasti yang member aku tak buat benda camni (suka hati aku la aku biased...dah belog aku...RTM boleh biased korang tak kecoh pun).
Anyway, memang aku bengang sangat. Macam biasa kalau korang tengok, kereta yang cuba u turn haram tu, kereta-kereta mahal - Passat, Civic. Pastu as usual semua single drivers, tak main la carpool punya type. Yang paling aku meluat, is that aku pasti diorang tau diorang buat salah tapi diorang pedulik apa, janji tak kena tangkap dan janji diri sendiri senang. Pegi mampus dengan pengguna jalan raya lain yang hensem seperti aku yang sabar beratur ni (walaupun mulut aku tak sesabar tuannya). Lepas tu, muka dan ekpressi diorang. MACAM CILAKA! Muka jenis, "ah, pegi mampus korang, biarlah aku nak pegi keje cepat lagi" (atau lihat contoh muka ketua pemuda UMNO terbaru). Maka jenuh aku maki diorang. Bertambahlah lagi kemarahan aku sebab diorang tak dengar cacian aku.
Nasib baik in the end aku sampai ofis okay jugaklah. Lepas tu aku pekena teh o suam dengan roti telur, reda sikit. Baca suratkhabar (fuh, aku sempat beli awal pulak today). Pastu terkejut terkejut (surprise surprise), meeting okay pulak. Pasti aku kena habis keje mana patut, by the time aku sampai rumah pukul 2pm.
Bila aku sampai, Sammy dah pun meninggal. Dengan sedihnya aku gali kubur dia dan tanam dia. Lepas tu aku pun takde mood terus tido.
Tuesday, April 7, 2009
Monday, April 6, 2009
Suratkhabar
Tadi aku baca berita kat The Star.
Sejak aku pindah ni, aku lambat betul dapat berita. Dulu, masa tinggal rumah lama, lepas Subuh je uncle Suppiah akan campak newspapers dan mengejutkan kucing-kucing aku yang tengah membuta bagi memenuhi kuota tido harian mereka. So pagi-pagi lagi aku mesti tahu apa jadi semalam.
Tapi area rumah baru ni takde orang deliver newspaper. Aku tunggu jugak pepagi, takde pun mamat naik motor campak newspaper ke rumah jiran-jiran. Aku pegi kedai suratkhabar yang bila petang selalu habis jual suratkhabar yang aku nak, aku tanya brader tu, "boss, ada hantar newspaper ke rumah ke?"
"abang tinggal mana?"
"sini la...jalan depan ni"
"tak ramai orang lah bang, baru sorang dua je tanya, jadi tak hantarlah"
Sorang dua je tanya? Apa yang lain tak baca paper lagi ke? Selama ni camna diorang baca paper?
Anyways, so dah 2 bulan lebih aku selalu miss beli paper. Ye lah, aku beli pun bila dah pukul 9pm. Mana ada jual lagi. Harian Metro, Malay Mail ada la...hmm..kalau aku nak baca cerita hantu baik aku beli Variasi. Or kalau setakat cerita kawin 12 hari dah cerai aku boleh baca kat Oh Bulan (hehehe....korang sure tak caya aku baca Oh Bulan kan? Oh Bulan best la...)
Eh, korang ingat Variasi tak? Ada jual lagi ke? Fuh, seingat aku, Variasi ni scary siot..paling menakutkan! Orang kampung aku cukup suka beli, aku kalau balik mesti terjumpa atas meja, ambik baca...silaplah...malam tak tidor betul. PEREMPUAN LAHIRKAN LIPAN. MAYAT SUAMI KELUAR MAKAN ATAS MEJA. SHAHRIZAT JALIL MENANG WANITA UMNO. Tak takut ke? Takut cam nak mampus.
Aku ingat masa zaman uni, depa suruh discuss pasal Blair Witch Project - filem yg sampai sekarang aku tak tengok habis (bukan pasal aku takutla bodo, pasal aku tensen - pening kepala aku dan bingit telinga aku dengar pompuan merengek-rengek cam orang bodo takut dengan hutan). Anyways aku cakap dgn lecturer dan klasmet aku, aku tak takut langsung dgn filem bodo tu. Sebab aku dibesarkan membaca Variasi. Aku explain sikit-sikit je pasal Variasi. Ye lah kang aku explain lebih kang, silap-silap diorang nak baca pulak. Nanti terpaksa aku order suruh mak aku hantar. Pastu aku bagi diorang, bukan diorang reti baca bahasa malaysia. Nanti aku pulak kena translate. Pastu malam aku tido sorang takut balik. Bodo punya mat salleh!
Anyways, mana aku tadi? Oh, ha aku dah jarang beli newspaper. Kadang-kadang kalau aku rajin, aku singgahlah 7-11, dapat jugak jumpa. Tapi mostly memalam kalau aku missed beli newspapers, aku akan layar internet jugak...pegi ke Bernama ke, The Star ke. Aku bukannya suka sebenarnya The Star ni. Haram cium bontot gomen. Tapi aku takde pilihan. Habis nak baca/beli apa? NST? Lagi lah...nak baca The Edge aku bukannya paham. Pastu nak baca apa? Utusan? Kah kah kah. Nak baca Malaysiakini? Aku takde duit...The Star online free. Hihi. So terpaksalah aku pun pura-pura cium bontot gomen.
So dalam The Star tadi diorang tulis, PM baru kita kata yang dia nak media yang bebas dan bertanggungjawab (fair and responsible media). Aku cam nak gelak. Actually, aku bukan macam nak gelak, aku MEMANG gelak sikit. Gelak sambil maki. Nasib baik aku baca free. Kalau aku beli newspaper kat 7-11 sure aku dah angin sebab kena tipu. Aku beli bayar RM1.20 sebab aku nak baca news...bukan baca lawak. Kalau nak baca lawak aku sure dah pegi blog kegemaranku oleh bekas volunteer aku yang paling kelakar dalam dunia - www.budakyangjahat.blogspot.com.
Kenapa aku gelak? Sebab dah berminggu aku asik baca news yang kutuk dan hentam parti pembangkang. Langsung tak bagi can. Parti pembangkang macam PKR pun satu, bodo ya rabbi. Bagi can orang kutuk. Macam si Anwar. Aku dulu punya respek dengan dia. Tapi la ni aku dah bosan layan sembang dia. Itu la ini la. Semua sembang! Hang punya parti berterabur woi. Tapi takpe...posting ni aku tengah komplen pasal Newspaper. Next time aku sambung kutuk Anwar.
So aku nak tengok lah apa cerita media ni. Sekarang kan, semua benda tengah manis bila di bawah ketua baru. Semua benda nak open la, honest la, apa lah. Kita tengok macam mana.

Subscribe to:
Posts (Atom)